Wednesday, December 23, 2009

Winter Break ~♥!!

Dah berbulan2 tak ber-blogging. Sorry!

Sekarang ni dah mula Winter Break! Dec 19, 09 - Jan 10, 10. Jan 11 dah kena gi sekolah balik ... : (
So, apa buat cuti ni eh? Mmmm....entahlah. Belum sampai seminggu pun lagi.

18 Dec, ada kawan mak dari Jepun datanag sini. Malam tu kami gi Myeongdong [명동] . Saja jalan2 menikmati kesejukan malam di S.Korea dan salah seorang ank kawan mak nak cari poster idols Korea. Tak ingat dia amik "2PM" ataupun "Super Junior".
19 Dec, diaorang gi kluar,Hajar adik ngan along duduk rumah. Hajar tgk "Nur Kasih" je sepanjang hari.Dari ep 9-16 hehehe.Ingatkan diaorg tak de lah gi mana sangat.Rupe2 nyer,diaorg gi rumah kat dalam cite "Full House" yg kami pernah gi masa October. {Baca di sini} . Yg sedihnyer,masa kami pergi tu tutup tak kasi masuk.Dah lah masa tu blom follow drama Full House.Kali ni bila dah follow drama tu, diaorg pergi, bukak plak.ARGHH! Jeleznyer!!!
Dec 20-21 Psst, tahu tak Dec 2o hari apa? Kalo tak tahu.....nanti Hajar bagi tahu.Pergi Nami Island. Location "Winter Sonata",plak. Jalan sikit2.
Pastu gi Elysan/Elysian Ski Resort. Best jugak! Since malam tu ada banyak tayangan Music Award kat channel Korea, kami punyer lah "Wow! 2PM, SS501,SNSD,2ne1,ect" Banyak sangat lah!!Guess what,malam tu, sbb tak de kek untuk BDAY Along, kami nyanyi je lah kat dia. Happy Bday Along, Semoga panjang umur!
Dec 22 Gi Lottle World, sebuah theme park, best sangat!! 6 jam kat situ, gi ngan keluarga tourism ngan ank2 kawan mak.

Tu je lah. Nanti update lagi ^_~

Sunday, September 20, 2009

Salam Aidilfitri!

Selamat Hari Raya kepada semua insan.
Ampunilah segala kesalahan ku.Semoga boleh bertemu di Syawal yang akan datang.
Enjoy Hari Raya,k!

(C) Hajar

Saturday, September 5, 2009

Perubahan!

Dah lama tak blog,kali ni nak cakap perubahan2 Hajar..Dah ada cermin mata!


Nampak lain ke?
Start pakai hari Jumaat,29 kalau tak silap.

Satu lagi ibu jari tangan kanan berwarna...HITAM!
Tak de gambar lah...x berani nak tunjuk.
Hitam sebab tersepit kat pintu..Uwaa!
Sekarang ni takde lah sakit sangat sebab dah seminggu kot kena..
Nak makan kena pakai tangan kiri,apa bleh buat?

Klah...nak berhenti disini,nantikan post2 yg akan datang.

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan

Selamat menjalankan ibadah puasa pada tahun ini kepada semua umat Islam.

Masa berlalu amat pantas.Sekarang ni dah mula puasa.
Kat sini mak kejut kol 3.3o pagi. Ngantuk nyer! Baru berberapa ari skolah dah mula puasa.
Huh...dugaan.

Sebenarnya,memang tak sabar nak puasa,tapi aduhai...kena bangun sahur punyer lah awl.
Subuh masuk plk lbh krg pkl 4.20 bukak puasa plk pkl 7.20!Lamanya!
Tapi banyak sangat merungut ni pasal ni?Ntah lah!Hehehe...

Semoga semua puasa penuh dan jangan tinggal2.

Tuesday, August 18, 2009

Sekolah Dah Start!

Selasa,18 Ogos

"Angah bangun ngah sekolah dah start " tu lah apa mak cakap masa kejutkan pagi tadi lebih kurang pkl 6.30 pg. Rasa sangat lah penat nak gi skolah!5 minit pastu mak kejut balik baru lah bangun.Selama summer break,bangun kol 8/9 pg pon tak pe.Tapi dah start skolah nak buat camne?

Pagi ni sebenar nyer awl sikit.Bas samplai pkl 7.3o pg tapi siap makan semua baru kol 7.oo . Sempat lah lagi kalo nak tgk barang semua ada ke tak.Dekat pkl 7.25 kami dah turun bawah tunggu bas.Kata sampai pkl 7.3o tapi pkl 7.35 baru sampai...eeii lambatnyer.

Kat dalam bas punyer lah tak habis2 cakap.Dah lama x jumpa semua benda nak ckp.
Best dapat jumpa semua kawan.Rindunyer......(kat perompuan2 je lah)

Skrg ni kat dlm Grade 5.Sorang je budak baru kat kelas tu jadi tak de lah rasa pelik x jumpa kawan lama.Hari ni separuh hari je.Hari ni cuma berkenalan ngan cikgu dan budak baru,main,bg tau peraturan.Tu jer buat hari ni.

Lega nyer dpt jumpa kawan2.Tak de lah rasa bosan sgt.

Hajar

Monday, August 10, 2009

Aduhai..Rindunyer!

Rindunyer kat muka2 adik sedaraku.

Dah sebulan x jumpa.Nanti masa balik nanti mesti dah berubah.

Humaira,Shamil,Dina,Salsabila & faris semua tu masa awl2 pg Korea diaorg xde lagi.
Tapi Husna ngan Syakir dah pernah jumpa lagi lah rindu.
Bosan semacam,buat lah gambar ni kat photoshop.Layan jelah gambar ni.

Yg ada "?" tu gambar tak ada.


Thursday, July 23, 2009

Kebesaran Allah SWT

Salah satu benda yg amat mahu di lihat adalah gerhana matahari.Semalam,akhir nyer impian tu tercapai! Ianya amat mengagumkan.Walau pun tak de solar filter untuk camera kami tetap mahu melihat gerhana matahari.
Nasib baik abah pernah tgk jadi abah tahu macam mana nak tgk gerhana matahari.
Steps:
1.Sediakan satu bekas yg sudah di penuh kan dgn air(jangan banyak sangat nanti tumpah)
Benda2 seperti dulang atau apa2 benda yg shiny tidak di galakkan.
2.Mengunakan sunglasses, lihat dalam bekas itu dan cari sesuatu yg terang.Itu adalah matahari.
Kalau dah masuk 1st contact, bolehlah lihat yg matahari (dalam air) tidak penuh2 bulat.
Apabila tiba masanya, matahari akan bertambah kecil .Senang je nak tgk gerhana matahari.
Note:Mak cuba guna kopi sebagai air kerana ianya lebih gelap jadi lebih sng untuk tgk.

Kat Korea,gerhana matahari tak penuh jadi tak dapat lah tgk Diamond Ring apabila matahari 100% dilindungi oleh bulan.

Kami bersyukur dapat tgk sendiri kebesaran Allah SWT .
Harap2 lain kali pon boleh tgk.

*gambar tak upload lagi kat computer.

Tuesday, July 21, 2009

Gerhana Matahari

Esok,22 July 2oo9, ada gerhana matahari yg akan terjadi selama 6 minit.
Bukak blog lama Hajar kalau nak tahu fact tentang gerhana matahari. Mak baru je post selepas buat "research".(sikit jer kot)
Exited sangat nak tgk gerhana matahari. Insya-Allah boleh tgk.

Tak pasti camera kitaorg boleh amik gambar gerhana matahari atau tak.
Rasa nyer kena ada Solar filter dulu.
Semoga dengan melihat gerhana matahari kita akan mengisafi kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Saturday, July 18, 2009

Bosan!Rindu! Semua adalah!

Sejak balik dari Msia,rasa rindu sangat.Adik sedara semuanyer buat lagi tambah rindu.Dah tu kat sini plak bosan tak uat ape2! Argh! Selamatlah ada kawan2 nak chatting.Kan best kalo ada kat Msia skarang ni!Bolehlah main ngan Husna ke ikut Mak G jalan2.Kat umah kerjanyer tgk computer/atau tgk tv je. Bilalah nak jalan2 ni!

Tuesday, July 14, 2009

Blog kedua!

Hai!Ni kali kedua berblogging. Saja buat baru. Malas nak layan yang lama. Mak kut yang akan layan.Sekarang dah Summer. Adalah cuti boleh lah blogging.Sorry kat semua yg sedang tunggu untuk post baru kat blog lama. Masih old style lah blog ni sampai Hajar jumpa decoration yg cantik2. Kalau sapa2 ada website yg ada decoration cantik kasi ke!Janji tau! Klah, nak kasi tau kat Yahoo!Group lah.